' BAHANA TIDAK BELAJAR '

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Masa terus bergerak saat ke saat minit ke minit jam ke jam dan hari ke hari. Namun adakah kita sudah membuat pengisian yang bermanfaat pada setiap saat, minit, jam dan hari yang berlalu atau pun masih leka dibuai mimpi indah terleka mencari keseronokan yang tiada penghujungnya. Sedar tak sedar peperiksaan PMR dan SPM akan menjelang tiba, di sinilah medan tempur sebenar anda yang bakal menentukan siapa anda di masa hadapan. Berjaya atau gagal akan memberi implikasi yang sangat besar kepada kehidupan masa depan anda. Bagi yang sudah bersedia saya ucapkan syabas dan tahniah .Bagi yang belum berbuat apa-apa anda belum terlambat walau pun kesuntukan masa dan waktu anda masih boleh berbuat sesuatu. Doa kami semoga kalian berjaya. Selamat menduduki peperiksaan PMR dan SPM. 'Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya'.

" WE ARE FAMILY "

No comments: